Test netsu rikigaku(thermodynamic) dgn zairyo rikigaku(material mechanics) sudah habis.. tunggu la dalam 2 hari ini, da boleh pergi cek result dengan sensei.
Senang sangat kalu nak tengok nak tau result exam kat U jepun ni. Hari ni exam esok da boleh pegi tengok result. Memang cepat betul Sensei tande. Sebab ape? Ha ni yang paling buat tak senang hati. Sensei cuma perlu tengok kotak jawapan je, kalu betul jwapan ko, dapatlah markah. Kalu tak, no way. takde markah jalan kire.
Rasenye sistem dekat malaysia tak macam ni. Kene tunggu beberapa minggu baru keluar result keseluruhan exam yang amik mase sem tu. Aku teke je sebab tengok status member2 yang tga dup-dap-dup-dap(bunyi jantung sebab risau), dan exam dorang da abis lame dah.
Tu dari segi result. aku rase dari segi exam tu pun ade beza gak antara U malaysia dgn Jepun. Contohnya, dekat sini(jepun) takde study week tuk Final exam semua tuh. Minggu ni ko abis belaja, minggu depan terus Final. macam 2 test yang amik pagi semalam. Baru je minggu lepas abis blaja, minggu ni trus exam. So, sabtu dgn ahad je mase utk stdi.
Tapi, U malaysia, selalunya sebelum final, ade stdy week. ade juga la mase untuk stdi balik mane-mane part yang da lupe tuh. Dan mase stdi week juga boleh digunakan untuk melancong sebelum exam,konon untuk hlgkan stress, release tensen sblm menghadapi exam. haha
Rasenye, hari ni da boleh pegi tengok result nih. Aku tak yakin sangat dengan netsu rikigaku tu. 3 soalan sume. Soalan 1st je yakin betul. soalan 2,3 kurang yakin sebab da lupe rumus. memang tibai buat rumus sendiri la haha.
Zairyo rikigaku minta-minta la lepas. Rasenye memang betul da aku jawab tadi. berkali-kali duk tekan kalkulator tuk satu soalan. takut ade careless mistake.
haha, lepas ni ade lagi satu test, bibun houteishiki(differential equations), ari sabtu. Nampak sampai setakat ni la boleh berehat. Lepas ni kene pulun stadi balik.